Friday, June 27, 2008

Memahami Kontrak Takaful

Amalan takaful pada masa ini menggunakan gabungan dua jenis 'Akad ( kontrak ). Ianya adalah kontrak Tabbarru' ( derma ) dan Mudharabah ( pelaburan ) yang bebas daripada sebarang unsur Riba ( faedah ), Maisir ( perjudian ) dan Gharar ( tidak bebas ).

Dalam kontrak Tabbaru', peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbangkan kepada suatu dana dengan niat ikhlas untuk saling membantu menampung sebarang kerugian daripada segi kewangan dan kesusahan yang mungkin menimpa salah seorang daripada mereka.

Melalui kontrak mudharabah pula, para peserta menyumbang kepada satu dana yang diuruskan oleh sesebuah syarikat / pengendali takaful dan berkongsi keuntungan daripada pelaburan tersebut.

No comments: